
Assalamualaikum dan Selamat Datang ke blog rasmi SinarAllam Photography. Memberikan khidmat jurugambar / jurufoto untuk pelbagai jenis upacara dan majlis seperti perkahwinan, pertunangan, sambutan ulangtahun perkahwinan (anniversary), potret, majlis keramaian, sukan, pengiklanan produk, acara korporat (corporate events), harijadi, dan lain lain lagi.
SinarAllam Photography terdiri daripada jurugambar utama dan pembantu teknikal berpengalaman yang komited untuk menghasilkan karya seni fotografi yang unik dan asli. Dilengkapi dengan peralatan yang canggih dan berkualiti untuk memastikan kenangan indah anda dapat diabadikan selamanya. Kami ada menawarkan pakej yang fleksibel menepati bajet dan keperluan anda. Pastikan anda melayari laman pakej fotografi kami untuk maklumat lanjut, atau hubungi kami untuk penjelasan mengenai caj dan pakej yang ditawarkan.
Kami berpegang pada prinsip menepati masa dan kualiti pada seni fotografi kami sepanjang masa kerana kami tahu masa anda yang tidak ternilai itu tidak boleh ditukar ganti. Kami mengambil segala inisiatif seperti kamera tambahan (backup) agar segala kemungkinan yang tidak diingini dapat diatasi. Kepuasan anda adalah matlamat kami. Terima kasih kerana sudi singgah di laman web kami. Teruskan melayari kandungan yang disediakan atau berkunjung ke galeri foto SinarAllam.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan